...tajuk apa entri ni...

Jenuh aku berfikir ape nak ditulis dalam blog hari ni.Sepanjang perjalanan dari ofis balik rumah, aku berfikir dan berfikir dan berfikir sampai la dah sampai rumah.Dah sampai rumah pun still tak tau nak tulis ape sampai la entri ini ditulis masih tiada tujuan dan hala tuju.Any idea??

Oh ya,kepada encik AT saya dah update blog tapi tiada isi.Dan welcome to en. AT kerana menjadi pembaca baru blog ini.Dan juga kepada kamu,kamu, dan kamu semua terima kasih kerana sudi menjenguk blog yang tak seberapa ini.Walaupun sekadar menjadi silent reader,ia sungguh bermakna.Lagi bermakna bila ade orang buat bising kat kotak bersayap tuh.terima kasih banyak2 mucho gracias!

bagaimana hidup kalian minggu ini?menseronokkan atau mengsampahkan?tak kisah la walau hidup sungguh begitu tak best, yang penting kita mesti teruskan dengan apa yang telah kita mulakan.Jangan hanya bersemangat di permulaan,tapi di pengakhirannya kita rebah tersungkur.Dalam hidup kita akan sentiasa diduga dan bermacam dugaan silih berganti.Selagi kita percaya pada diri dan takdir Allah yang sentiasa terbaik untuk kita, kita berupaya hadapi semua nya.Percayalah!!

Oh ya!Siapa yang berkunjung ke pesta buku??Jeles betul aku korang pegi.Boleh tak nak kirim buku untuk dibeli?Sampai hati master aku pi sana senyap2.Tak habaq kat aku pon.kalau tak aku memang nak kirim belikan buku dari dia.Segan pulak nak kol die pesan beli buku.T____T...Kalau ada yang sudi nak menolong cepat2 la mesej aku sebelum ahad ni.kalau tak terpaksa aku pi cari kat kedai buku je nanti.Tapi mesti mahal!!Kasihanilah aku yang kekurangan duit ni...

Tak sangka dapat pulak habiskan menulis satu entri.Ini namanya entri radixcolacampurbihungorengcampurbihunsupcampurlaksacampurkekpuantinacampurkerepekkailan dan campur ape2tah lagi.