...macam mana kalau...

Pernahkah kalian berdepan dengan situasi yang menyebabkan kita terpaksa menggadaikan prinsip yang selama ini kita berpegang teguh?Contohnya, saat berdepan dengan lelaki bukan Islam yang menghulurkan tangan kepada kita untuk bersalam sebagai tanda hormat ataupun terima kasih.Ada beberapa pilihan yang mungkin akan kita fikirkan untuk menanganinya.Sila pilih jawapan di bawah dan bulatkan jawapan yang tepat.
1) Segera menyambut huluran salam lelaki tersebut:
2) Menepis tangan lelaki itu sambil mengatakan 'im a muslim ok.It is haram to shake ur hand!';
3) Menghulurkan tangan jugak dan terus peluk lelaki tersebut dengan excited sebagai tanda sangat gembira dengan dia;
4) Buat bodoh je dan terus blah dari situ;
5) Senyum dan senyum dan senyum dan senyum sampai la dia kata ok bye;
6) Korang tambah la idea sendiri

Sebenarnya situasi begini terjadi pada aku semasa sedang menguruskan hal lelong.Jurulelong tersebut adalah seorang In**a.Selepas selesai semua perkara dan yang paling menggembirakan sebab pembeli tak jadi nak beli atas ketersalahfaham dengan fakta aku pun bergegas keluar dari tempat tersebut. Tetapi jurulelong tersebut dengan pantas menghantar aku keluar dan mengucapkan terima kasih dan segala bagai dialog. Dia pun tunjuk aku jalan keluar dari bangunan tersebut. Tiba2 dengan beraninya, dia pun menghulurkan tangan untuk bersalam dengan aku!memang tergamam aku time tuh.Tapi aku dengan selambanya hulurkan tangan tapi aku terus letak di dada macam orang kat hotel tuh nak sambut orang mai selamat datang.Macam tu la.dia pun ok je dan dia pun letakkan tanggannya di dada macam aku buat.

Aku tahu ada pendapat di kalangan ulama yang membolehkan kita bersalaman dengan orang lelaki ajnabi.Tapi dengan syarat tiada perasaan atau timbulnya syahwat.Tapi pada aku,lebih baik mengambil jalan selamat.Aku tak bersalaman sebab aku tahu aku mesti la tak bernafsu kat dia.tapi die kat aku???Allah lebih mengetahui dan aku ambil jalan yang mudah.

Kedua aku berpendapat untuk menggunakan logik otak untuk tidak bersalaman dengan dia.Sebab,aku risau kalau suatu hari nanti die bertemu dengan satu kenyataan yang mengatakan 'orang perempuan islam diharam bersalaman dengan orang lelaki ajnabi'.Tibe2 dia jadi konpius,eh aku pernah salam dengan minah ni die ok je.tak pasal je die ckp tak betul ini ajaran.cakap tak boleh tapi apa pasal itu perempuan salam saya ok saja??saya tak faham la mana satu betul......

pada aku,apa2 pon yang kita buat berfikirlah dengan matang dan biarlah relevan.jangan kita buat sesuatu untuk menyenangkan hati orang lain tetapi kita yang susah hati.fikir2kan dan terus berfikir!!!!