...berjumpa lagi...


salam jumaat dan salam menyambut ramadhan kareem!!macam tak percaya bertemu lagi dengan ramadhan tahun ni.cepat sekali masa berlalu sekarang.syukur pada Allah atas semua nikmat yang kita dapat.semua yang berlaku pada kita menunjukkan Allah dekat dengan kita dan Dia sangat menyayangi hambaNya.kita je kadang2 lupa yang Dia wujud dan sangat hampir setiap saat bersama kita.tak pernah sekali lepaskan pandanganNya dari kita.tak pernah berhenti mendengar rintihan kita.tapi kita je kadang2 menjadi seorang yang berputus asa.tak yakin dengan segala yang berlaku ada hikmahnya.menafikan setiap yang berlaku terjadi kerana perbuatan sendiri.yakinlah dengan hati dan minda,apa yang berlaku pasti berlaku untuk yang terbaik!!tapi,sangat susah mahu berfikiran begitu bukan???

sempena ramadhan kali ni,mari kita sama2 berusaha menjadi seseorang di sisi Allah..menginsafi kelemahan dan kekurangan diri.mari kita sama2 ambil berkat bulan mulia ni untuk perbanyakkan amal,baca quran,menghormati dan sayang ibu ayah,berbuat baik pada haiwan kecil mahupun besar,berbudi pada tanaman,menjaga alam sekitar dan lakukan semua perkara baik...mudahan2 amalan yang kecil mendapat ganjaran besar di akhirat kelak.apatah lagi amalan yang besar mampu membawa ke syurga.aminnnn.....

selamat menyambut Ramadhan buat semua.maaf andai ada tersalah kata yang menyinggung kalian.bersamalah kita berusaha menjadi manusia yang terbaik dan mencapai matlamat puasa untuk menjadi orang yang bertaqwa(la'allakumtattaquun)!!insyaallah...

renung2kan:

"Dalam Islam derhaka meliputi sampai 6 perkara:
1-jika memandang ibu bapa dengan jelingan marah sudah derhaka
2-jika merasa diri lebih bijak dari ibu bapa sudah derhaka
3-jika bodoh keras hati tidak mahu mencium tangan ibu bapa sudah derhaka
4-jika malu dengan ibu bapa kerana bimbang memalukan diri di hadapan masyarakat dikira sudah derhaka
5-andai tidak memenuhi keperluan ibu bapa yang tidak menyalahi syariat itu dihitung sudah derhaka
6-bahkan berasa jemu,menengking dan menghina peribadi mereka dikira sudah derhaka"