...tentang rejab...

Hari ini ialah 25 jun bersamaan 2 rejab.aku selalu dengar dan bace yg puasa di bulan rejab ni banyak kelebihannya.ade plak tu certain hari2 dalam bulan rejab yang kalau kita puasa dapat la pahala begitu dan begini.tapi pencarian aku semalam menemukan pada jawapan ini .Mengejutkan! hadis yang selama ini dibaca oleh ustaz2 mahupun tok2 guru yang penah aku dengar adalah hadis palsu dan memang tak boleh dipercayai langsung.Ia bersifat dhaif dan sememangnya hadis dhaif ini amat lemah dan langsung tidak boleh dijadikan hujah. bahkan ia juga merupakan satu fitnah terhadap Nabi sebab Baginda langsung tidak pernah menyatakan hadis tersebut mahupun memperakuinya.

Aku rase macam tak adil je kalau aku membuat satu penilaian berdasarkan satu sumber je.so aku pon search la kat google cari artikel2 berkaitan dengan puasa di bulan rejab.kebanyakan yang aku jumpe semuanya menyatakan memang kebanyakan hadis pasal kelebihan puasa di bulan rejab adalah palsu.tak ada satu pun yang diperakui sah.Nabi sendiri tak penah menekankan untuk berpuasa di bulan rejab.ia bukanlah menjadi satu perkara sunat.

tapi,apa yang memang disepakati para ulama ialah Nabi memang berpuasa selama 3 hari pada setiap bulan.itu memang perkara sunah dan boleh la kita umatNya jadikannya sebagai satu amalan.dari apa yang aku baca,nabi hanya berpuasa penuh pada bulan Ramadhan.malah,puasa isnin dan khamis juga bukanlah satu sunah nabi sebab nabi ade jugak meninggalkan puasa pada hari tersebut.

dalam tafsir sheikh muhammad ali as-sobuni pun ade menjelaskan tentang masalah 'adakah dibolehkan berpuasa pada bulan sebelum Ramadhan".kebanyakan ahli tafsir menjelaskan yang nabi berpuasa 3 hari setiap bulan.Baginda tidaklah berpuasa penuh pd setiap bulan selain ramadhan.Dan Baginda berpuasa pada hari Ashura.

Ditambah lagi dari pembacaan aku,bulan Rejab adalah bulan yang dilarang berperang melainkan is dimulakan oleh pihak satu lagi. Ia adalah bulan yang dimuliakan Allah. kita boleh nak puasa pada bulan rejab ni tapi jangan la terlalu taksub nak dapatkan ganjaran macam ni macam tu.Contohilah nabi dalam setiap amalan kita. Bulan rejab ni jugak umat Islam digalakkan agar tidak melakukan dosa.Bukanlah bermaksud bulan lain kite boleh wat dosa sesuka hati.sendiri2 la ingat.

ini ade beberapa link yang aku bace pasal puasa rejab:
1 2 3 4 5

tulisan ini adalah rumusan yang aku buat berdasarkan pembacaan aku.kalau ada salah silap dalam mentafsir bacaan2 itu haraplah ditegur.wallahualam..