...malaikat itu...

pagi tadi bangun tidur,matahari masih memberikan sinar..baca doa bangun tido sambil memandang ke luar tingkap,keadaan bukit masih di tempatnya.bersinar2 akibat pancaran cahaya matahari..nampak makcik cleaner tengah sapu kat luar..orang berjalan nak ke kelas..aku pun lantas bangun dan bersiap2 nak ke kelas pukul 9..matahari masih bersinar....

**********************************
manusia2 yang prihatin menghantar sms beberapa hari lalu:

1) dari abah: "Yahudi mengganas,Gaza dibedil..perbanyakkan solat hajat & doa utk saudara kita di Palestin..Ya Allah Engkau bisa melakukan apa sahaja,kuasa Mu melangkaui imaginasi kami..selamatkan saudara kami di Palestin & hancurkanlah Zionis dan sekutunya..Amin .Doa senjata kita,mari kita berdoa utk Allah selamatkan Palestin dalam setiap solat kita.ini jihad kita.mudahan Allah perkenankan Awal Tahun Hijrah ni.Pls fwd to others..

2) dari Nady N9 : Salam,kpd sluruh aktivis dakwah kampus,gerakkan solat hajat(rakaat kedua qunut nazilah),solat jenazah ghaib dan baca al-Quran berjemaah (almulk,atau taubah atau anfal) khas memohon kemenangan kepada mujahidin,kesabaran kpd umat Islam dan dihancurkan Israelserta golongan murtaddin dan munafiqin yang bersama mereka.lakukan bermula malam ini dan seterusnya.

3) dari k.ji dan amy : Tolong bacakan lailahaillallah,allahuakbar,dan surah al ikhlas 3x utk masjid aqsa yang sedang dikepung oleh israel.minta kwn2 yg lain juga.

4) dari rabiatul: SMS from London:dear all PLEASE ACT IMMEDIATELY! starbucks & mcdonald in the UK are going to gift all their profits to the ISraelis until next Saturday.Spread the news.BOYCOTT STARBUCKS & MCDONALD worldwide!!

5) dari abah lagi: Pemimpin Hizbullah Libanon,SyedHasan Nasrallah meminta seluruh Muslimutk melafazkan Al-Fath ayat 26-27, Yunus ayat 85,86 & 88 malam ini.Tlg sebarkan agar israel hancur.

**********************************
ironinya,semua negara melaung2kan di mana PBB??mana fungsi Majlis Keselamatan (SC) yang bertanggungjawab memutuskan sesuatu perang wajar diteruskan atau tidak??benarkah ada armed attack??melaungkan supaya dihentikan peperangan..situasi ni dah selalu jadi bila Palestin dibedil,negara2 akan bising mane PBB,kemudian SENYAP....................dibedil lagi,bising kat PBB lagi kemudian SENYAP LAGI......

mengikut rekod,PBB ni terdiri dari 192 negara tapi sikit je dari islamic states..malahan security council ni sendiri dikontrol oleh Big 5 yang mempunyai kuasa veto.jika sebarang resolusi dah diluluskan oleh majority,tapi tibe2 Big 5 ni tak setuju ,takde la resolusi jawabnya..sape BIg 5 ni??sape lagi kalo bukan US,China,Rusia,Perancis dan Jepun..

mana negara2 islam yang lain???tak nak ke tolong negara islam palestin ni??bile tengok Buletin Utama semalam baru tau yang negara2 islam ni sebenanya sangat "terhutang budi" dengan US.masa diorang susah dilanda krisis ekonomi,US la negara pertama yang hulrkan bantuan.jadi negara2 ni terpaksa redha dan akur je kalo Us dan sekutunya nak buat ape pon...

apa yang aku boleh buat nak tolong Palestin ni?aku bukanlah ketua kerajaan yang mampu menggerakkan bala tentera menentang Israel laknatullah..mahupun aku bukanlah Ban Ki Moon yang boleh bersuara utk menentang pencerobohon itu..aku juga bukanlah hartawan yang berduit banyak yang dapat menyalurkan duit kepada mujahidin palestin utk membeli senjata menentang musuh..

TAPI, aku seorang muslimah yang mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah..aku punyai Tuhan yang bijak mengatur segala2nya di tempatnya.dan aku yakin Allah itu Maha Mengetahui dan Melihat apa yang menimpa umatNya..dan Dia ingin menguji sejauh mana aku menjadikan doa sebagai senjata musuh!!![ud'u ni fastajiblakum]..menguji sejauh mana aku mampu berjihad dengan cara tersendiri!!!

sesungguhnya aku yakin setiap Muslim yang darahnya menitik di bumi Palestin itu sedang berbahagia menikmati kehidupan di syurga..ibu2 yang kehilangan anak dan suami itu bukanlah menitiskan air mata kesedihan bahkan bergembira kerana mereka punyai saham di akhirat kelak!!mereka bebesar hati bertemu Sang Pencipta untuk menceritakan segala susah payah mereka mempertahankan sebuah negara bernama PALESTIN!!!