...Sentap...

Tengah hari isnin, sedang asyik 'nap', mad telefon. Katanya abah pengsan tiba-tiba waktu pagi. Abah punya rekod penjagaan kesihatan yang sangat baik dan konsisten. Bab gula, kolesterol, tekanan darah semuanya dijaga elok. Kalau rasa badan bertambah berat sedikit, pasti akan keluar berjoging. Abah pun amalkan minum susu omega untuk kawal kolesterol dalam badan. Pendek kata, abah di umur 62 masih kelihatan 'fit'.

Tapi, panggilan telefon dari mad tengah hari itu, buat aku menangis. Abah jarang jatuh sakit. Paling teruk abah jatuh sakit masa bulan puasa beberapa tahun lepas akibat tekanan darah rendah. Natijahnya, seminggu lebih abah berpuasa dalam keadaan sentiasa berbaring sahaja. Tapi, alhamdulillah semuanya kembali normal. Namun bila abah tiba-tiba pengsan, aku jadi takut. Membuat aku jadi sentap. Nyawa, kalau dah sampai masa untuk pulang kepada pemiliknya, tiada siapa dapat halang, tiada siapa dapat duga. Di kesempatan yang masih ada sentiasalah beringat.

Aku bukanlah seorang anak yang 'all out' untuk umi dan abah. Ada saat aku boleh jadi 'taat' dalam erti kata aku sendiri. Ada kala aku boleh jadi seorang yang 'malas' nak taat. Susah untuk menjadi terlalu taat. Ada lopong sana sini. Sebetulnya terlalu berkira untuk jadi seorang yang taat.

Bila Allah bagi peringatan secara tiba-tiba, hati jadi sentap. Apa salahnya berbakti dan terus taat tanpa perlukan sebarang satu alasan kepada umi dan abah. Anak, tanggungjawabnya taat, sayang dan hormat ibu bapa. Anak, syurganya pada ibu bapa. Anak, wujud kerana ibu bapa. Anak, semuanya kerana ibu bapa. Perlukah wujud sedikit alasan untuk tidak menjadi taat dan berkira untuk taat kepada ibu bapa. SENTAP!

Semoga Allah bagi petunjuk dan kekuatan untuk aku jadi anak yang taat. Sekarang sudah ada doa tambahan setiap kali lepas solat. Andainya umi abah pergi dahulu dari aku, jadikanlah aku seorang yang tabah,kuat dan redha dengan ujianMu. Tapi andainya aku ditakdirkan pergi dahulu mengadapMu, jangan Kau ambil nyawaku di saat aku sedang lalai dan leka dari mengingatiMu. Jadikanlah aku seorang yang sentiasa bersedia untuk bertemuMU!!!