Ada beberapa perkara yang aku suka pasal mengadakan kenduri di kampung. Spesifiknya, kenduri kahwin.
1. Kehadiran orang kampung secara beramai2 untuk membantu tuan rumah menyediakan apa yang patut. Dalam erti kata lain, bergotong-royong. Zaman sekarang, tuan rumah lebih selesa untuk menyerahkan segala urusan kepada 'wedding planner'. Dari hiasan bilik tidur, pelamin, ruang tamu sehinggalah ke laman luar diserah bulat2 kepada yang pakar. Yang penting, ada wang untuk dibayar. Makanan juga, katering yang uruskan. Berbeza suasana di kampung, orang kampung pakat2 menolong tuan rumah. Tetapi yang aku lihat, tugas mereka hanya tertumpu dalam kerja masakan. Menyembelih lembu, melapah dan memotong daging semuanya orang lelaki yang uruskan. Memotong bawang dan menyediakan rencah masakan, pihak perempuan yang sediakan. Saudara mara membantu persiapan dalam rumah. Kanak2 hanya mengambil tempat untuk berlari ke sana sini, mengganggu orang tua mereka yang tidak mahu melayan anak2. Kata orang, kenduri yang dimasak sendiri terasa kesedapan pada lauknya. Benar!!!
2. Kenduri yang dibuat di kampung selalunya ramai tetamu dan jemputan yang hadir. Sanak saudara dekat dan jauh sudah pasti dalam list. Kadang2 waktu kenduri macam inilah kita dapat berjumpa kembali saudara yang lama tidak berjumpa. Kesempatan diambil juga untuk mengundang sahabat handai untuk datang memeriahkan majlis. Yang ingin mengambil kesempatan berkenalan dengan orang pun ada. Yang teruna berkenan dengan si dara dan tidak mustahil giliran mereka pula untuk berkahwin selepas ini.
3. Kenduri di kampung selalunya 'sponsorship' banyak. Orang itu taja bab beras, orang ini taja bab lembu. Orang lain uruskan hal khemah, hantaran dan macam2 lagi. Menarik kan? Seronok kadang2 bila kenduri yang besar dan mungkin menelan belanja yang besar, pengantin masih dapat mengurangkan kos atas bantuan orang sekeliling.
4. Kepenatan yang dialami akibat terlalu banyak membuat kerja mungkin boleh dikurangkan. Setiap orang ada tugas masing2 dan dibantu oleh orang lain. Tidaklah penat sangat berbanding kalau semuanya hendak difikir dan dibuat sendiri. Macam kata pepatah, yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing!
5. Suasana kenduri memang mengujakan! Membuatkan rasa seperti ingin mengadakan kenduri hari2. Bila habis kenduri, mood menjadi tidak stabil. Keterujaan hilang sekelip mata sehinggakan mood bekerja pun hilang.
(Di manakzh mood untuk pulang ke penang???Tolonglah datang bertandang mencurah2!!!!)