...tewas...

Kadang-kadang bila hati dan akal telah bersatu untuk menuju ke arah mampu, dan tiba-tiba ujian melanda, akhirnya tewas di tengah jalan. Bukan tidak mampu menghalanginya, tetapi tidak cukup kuat untuk melawannya. Mungkin kerana hati belum bersedia. Akal belum cukup kuat menepis mana yang buruk. Disangka sudah cukup persedian tapi bila sedar, rupanya niat belum dipasang.
Memasang niat memang mudah. "Aku lakukan kerja ini kerana Allah Taala". Mudah sekali meniti di bibir niat2 murni. Malah, mudah sekali menambah kiraan pahala jika niat sudah dimulakan dengan perkara yang baik. Mudah! Tetapi berapa ramai yang tewas juga kerana niat. Mulanya berniat baik. Datang kerja memakai baju cantik, bertudung indah. Semuanya kerana Allah. Tapi bila sampai di pejabat, "cantik la baju awak", "wow, tak pernah nampak awak cantik macam ni"!!! Hati mula timbul rasa ujub dan riyak. Lantas, niat di awalnya baik, diganggu gugat dengan unsur2 sekeliling yang tidak membantu maka cacat la niat tadi.
Susah bukan? Saat hendak melakukan perkara baik, banyak saja halangannya. Saat tidak ingin melakukan perkara tidak baik, laju saja saraf adrenalin memberi respon. Teringat maksud firman Allah, "janganlah menyangka iman kamu sudah sempurna sehinggalah Kami menguji kamu dengan ujian Kami". Analoginyanya mudah! Jangan sesekali menyangka diri sudah sempurna iman dan taqwa. Selagi hayat dikandung badan, kita adalah yang bernama manusia. Dan penciptaan manusia itu, lumrahnya memerlukan nasihat untuk saling meneruskan hidup ke arah kebaikan. Dan proses ke arah kebaikan tidak akan berhenti selagi nadi masih berdenyut.
" La Yarham Man La Yurham"