...ke dua ratus...

Ini entri untuk blog yang ke-200.Tahniah untuk diri sendiri atas pencapaian yang boleh dibanggakan.Walaupun ada orang cakap blog ni macam segan nak hidup, tapi tak apelah.Asalkan ada sesuatu untuk ditulis pun ok.Tapi harap2 blog ini memberi manfaat kepada yang membaca. Macam pesan ustaz zahazan, menulis biarlah sesuatu yang berfaedah. Mengajak orang ke arah kebaikan. Insyaallah.

Sekadar ingin berkongsi sesuatu dengan yang membaca. Kita fikir dan renung bersama. Berdasarkan pengalaman aku semasa bekerja, bercampur gaul dengan pelbagai jenis orang berlainan latar belakang. Ada yang serasi dengan jiwa, ada yang perlu dibelakangkan jiwa sendiri demi memenuhi jiwa orang lain.Tapi, masih tidak menyalahi jiwa sendiri. Sesetengah orang beranggapan, yang memakai tudung menutupi dada, konon2 dialah yang paling baik dunia. Macam malaikat. Dia langsung tak boleh menyanyi lagu 'bouganvilla-spring'. Kalau lirik lagu tu boleh disambung, aish tak kena ni. Ingatkan stok2 yang hafal lagu nasyid je.

Kalau dia yang bertudung labuh sikit dari orang lain tinggalkan bos sorang2 dalam bilik masa dah siapkan kerja bersama, digelarnya 'mafia betol'! Kena ada dalam bilik sampai bos keluar. Bila bos dah keluar, baru dikira kena dengan pemakaian tudung tu. Aish, macam2. Tu belum dikira lagi bila mengelat pergi mahkamah masuk ofis lambat, mula la dituduh memang tak sesuai langsung! Apa nak buat, masyarakat memberi standard pada dia yang bertudung labuh sikit dari orang lain. Nak gelak pun perlu ada syarat. Tiga dekah cukup! Tak perlu tekankan suara tu. Gelak sopan je!

Orang yang pakai tudung labuh pun ada 'kegilaan' mereka sendiri. Bukan bermaksud die pakai tudung labuh, semua perkara menjadi terbatas. Buatlah apa saja asalkan masih dalam ruang lingkup yang dibatasi agama. Kalau dia pakai tudung pendek, tak bermakna kelakuan buruknya di'justify' dengan pemakaian tersebut. Kalau dia tak pakai tudung, dia boleh buat semua benda yang masyarakat anggap takpe. Apa yang penting, kita sama2 muslim. Dan bagi seorang muslim, dia perlu tunaikan hak kepada agamanya!

---> "Saya bukannya baik pun. Jangan menilai saya dengan pemakaian tudung saya. Kalau macam tu, esok saya nak pakai tudung pendek la"

---> Dia membalas:"saya pun tak jahat"

---> "Saya tak cakap pun awak tu jahat"

---> ...........Senyap..........