Selamat memulakan pengajian kepada adik2 yang melangkah ke alam persekolaham secara rasminya pada hari ini. Bak kata pembaca berita TV3 semalam, siap sedia jadi besar dan pandai! Mesti malam ni keluar tv pasal hari pertama budak2 kat sekolah. Mesti ada yang menangis, meraung2 suruh mak teman, nak ikut mak ayah balik rumah, kena pujuk dengan cikgu sampai tertidur. Lucu, tapi inilah pengalaman yang gembira. Mak ayah pun ada yang sampai ambil cuti nak teman anak ke sekolah.
Pagi ni bace kosmo online. Pasal ini. Tak sangka rupe2nya ia akan diajar kepada murid2 secara berperingkat bermula tahun ini. Dan sasaran itu bermula dari pelajar darjah 1. Awal sangat! Biarpun modul pelajaran tersebut dibahagi kepada tiga iaitu pemakanan, pertolongan cemas dan PEERS tapi apakah kanak2 sekecil umur begini boleh faham apa yang diajarkan. Dan jangan menolak lumrah dan sifat seorang budak yang suka mencuba perkara baru. Tidak dinafikan ada baiknya pelajaran tersebut didedahkan kepada kanak2. Mereka mungkin, ya ,mungkin boleh membezakan mana baik mana buruk. Yang faham akan mengangguk tanda faham. Yang kurang faham, bertanya dan bertanya sampai mungkin dia akan buat eksperimen sendiri! Tapi harapnya, guru2 pandai mengajar dan tekel kanak2 sebegini.
Bukan mahu memperlekeh usaha sebegini. Dan bukan juga menulis ‘for the sake of opposing’. Cuma meluahkan apa yang difikirkan tidak kena. Berapa banyak kes dilaporkan kanak2 sekolah dicabul oleh guru sendiri? Berapa ramai kanak2 yang ‘pandai beraksi’ dengan rakan sebayanya? Dan yang paling meyedihkan, hubungan adik-abang kandung turut dilaporkan? Bukankah ini satu petanda bahawa bukan pelajaran sedemikian diperlukan dalam masyarakat. Apa yang penting, pendidikan agama yang harus dijadikan tunjang dan asas dalam setiap pendidikan. Ya, kita boleh ajar kanak2 ini satu persatu tentang ‘tanggungjawab menjaga kebersihan diri, kepentingan memelihara kehormatan diri, pengurusan perasaan dan kemahiran mengatakan ‘tidak’ kepada sentuhan yang tidak selamat’. Tetapi, tidak sedarkah kita bukankah ini yang diajar oleh agama dari dahulu sampai sekarang??? Kenapa perlu dipisahkan nilai moral yang sudah sedia ada dalam Islam dengan satu subjek yang lain. Semuanya boleh dirangkum sekali kan?
Teringat peristiwa semasa aku sekolah rendah. Seorang kawan lelaki, ‘S’ namanya. Si ‘S’ ini ada satu habit yang agak pelik. Setiap kali datang ke sekolah, dia akan menyuruh dan meminta kawan2 perempuan aku datang padanya dan cium pipinya! Dan ada beberapa kawan yang terjebak atas alasan dipaksa oleh si ‘S’. Kawan2 aku ni pulak kebanyakannya adalah golongan yang kurang pandai (maaf cakap). Jenis tak cakap banyak dan hanya mengangguk. Sehinggalah satu hari guru penolong kanan dapat tahu, habis ‘S’ didenda! Diikat pada tiang dan dipaksa cium tiang tersebut.Keesokannya, ‘S’ ponteng sekolah dan akhirnya dia berpindah sekolah!
Akhir kata untuk peringatan diri sendiri, setiap apa yang mahu kita jalani dalam hidup ini, jangan sesekali pisahkan agama dari kehidupan. Sebab kehidupan yang baik terbit dari cara kita hidup beragama. Bagaimana patuhnya kita pada ajaran-Nya, Dia pasti akan menjaga kita. Bagaimana kita pastikan hakNya dipenuhi, hidup kita pasti dirahmati!