Ada isteri yang beruntung,
Dia tak pandai masak,
Tapi setiap kali dia masak,
Si suami puji,
Bagi nasihat apa yang kurang apa yang lebih,
Nanti bila masak lagi,
Tahulah si isteri buat bagi sedap.
Tapi ada isteri yang kasihan,
Dia tak pernah masuk dapur sebelum kahwin,
Tapi dia cuba masak yang terbaik untuk suami,
Namun si suami memaki hamun,
Masakan tak sedap lebih baik makan di kedai,
Si isteri sedih sebab penat lelah tak dihargai.
Ada isteri bernasib baik,
Dia bekerja dan peroleh wang sendiri,
Si suami tetap hulurkan nafkah setiap bulan,
Makan pakai si isteri dan anak2 suami tak lupa,
Walaupun si isteri mampu beli semuanya,
Dia beruntung sebab suami tahu tanggungjawab.
Ada isteri yang malang,
Dia yang penat bekerja,
Tapi si suami yang tolong habiskan gaji,
Bila duit si isteri habis,
Kena bebel dengan suami sebab boros katanya,
Pandailah2 simpan duit awak tu!
Ada isteri hidupnya aman,
Anak2 dibesarkan bersama suami,
Setiap tingkah laku anak sama2 perhati,
Mana yang buruk saling ditegur,
Mana yang baik sering dipuji,
Beginilah yang dinamakan Penyejuk Mata.
Tapi ada isteri hidupnya kacau bilau,
Urusan anak2 dia yang tanggung sendiri,
Bila anak berperangai elok,
Si suami mendabik dada konon dialah sebabnya,
Tapi bila si anak buat perangai,
Si isteri jadi sasaran,
Awak tu tak pandai jaga anak ke?
Bila si isteri dapat suami yang baik,
Itu adalah satu anugerah yang perlu disyukuri,
Bukan kesempurnaan yang dicari,
Tapi saling melengkapi itu prinsipnya,
Kerana maksud pernikahan itu menurut Al-Quran,
Untuk mewujudkan mawaddah, mahabbah dan rahmah.
Namun bila si isteri jodohnya dengan lelaki sebaliknya,
Anggaplah itu adalah ujian,
Kerana Allah tahu si isteri seorang yang kuat dan hebat,
Dia mampu mengharungi setiap cabaran dalam rumahtangga,
Sebagaimana maksud firmanNya,
Janganlah kamu mengatakan kamu benar2 beriman,
Sedangkan Kami masih belum mengujimu?

-14 11 3 37 -