Dalam perjalanan ke Baling petang tadi sambil ditemani hujan yang belum berhenti, sempat aku meng'sms' Cik S. "Cuaca kat tempat aku skang diliputi kabus tebal. Bercakap pon keluar wap. Macam dekat obersea kan?". Lantas beberapa saat mesej dijawab. "Pilih la watak yang ko nak. Snow white atau orang kerdil". Termenung beberapa ketika lantas mesej dijawab dengan berhati2 tatkala hanya sebelah tangan memegang stereng kereta. "Aku pilih bawang merah". Kemudian Cik S membalas. "Bawang merah kat indon je la". Baik. Aku menukar fikiran. "Aku pilih Rapunzel sebab rambut cantik dan curly2 gitu..Hahahha ". Mesej terakhir Cik S. "Siapa yang nak panjat nanti?". Jawapan aku. "Setelah ade yang panjat nanti aku bagitau".
Ketawa aku keseorangan dalam kereta melayan mesej sebegitu. Ada kawan yang boleh buat kita ketawa memang satu nikmat. Bila dapat ketawa dan gelak besar dengan kawan sekepala memang menyeronokkan. Ada masalah pon boleh lupa. Tapi tak semua orang diberikan nikmat sebegini. Ada orang lebih suka menyepi, hidup dengan alamnya sendiri. Bagi aku, lebih baik jangan jadi orang kalau tak suka berkawan. Lebih baik duduk dalam hutan berkawan dengan haiwan2 dan belajar bahasa mereka. Ada jugak faedah.
Masa aku sekolah rendah, tak ramai kawan yang rapat dengan aku sebab aku anak cikgu. Entahla. Sampaikan ada seorang cikgu baru ni tak berani nak denda aku sebab tak siapkan kerja sekolah Matematik. Akibatnya, aku diperli2 oleh kawan2 kononnya aku anak manja. Sedih. Tapi Cik H memang best sebab dia je yang baik dan kamcing ngan aku. Dia kawan aku. Kemana2 aku pegi dengan dia. Tapi dia ala2 tomboy sikit masa kecik. Bila bejalan2, mesti ada orang fewit fewit sebab ingatkan aku bejalan dengan pakwe. Petang2 kami lepak kat tapak perumahan tak siap pastu usha cikgu2 muda naik motor yang lalu kat jalan besar. Kemudian lambai2 tangan. Malu bila ingat2 balik tapi masih boleh dimaafkan sebab kecik lagi. Hidup fikir nak seronok je.
Naik sekolah menengah, hidup agak menakutkan sebab duduk asrama dibayangi cerita2 seram. Tapi syukur sebab dapat jumpa kawan2 best. Sekolah pulak semua perempuan. Duduk dalam kelas masa prep pon boleh bukak tudung sesuka hati. Aku pulak jenis yang pemalas. Masa form 1, aku rase 90% dari hidup aku diperuntukkan untuk tidur je. Sampai kelas waktu pagi terus letak kepala atas meja. Bangun waktu lunch untuk balik makan pastu datang kelas untuk prep sambung tido balik. Prep malam pun apetah lagi. Tidur berjemaah dengan kawan sekepala. Kawan2 yang skema je study dengan jayanya. Memang padan muka aku la biasiswa tak dapat masa form 1 sebab kantoi banyak subjek. Tapi lepas tu naik form 2 dah insaf sikit. Ada perubahan yang memberansangkan. Biasiswa pun dapat balik. Bukan nak menjustifikasikan perbuatan diri sendiri tapi yang sebetulnya tahun pertama di asrama adalah waktu untuk mennyesuaikan diri. Betul tak??
Bila masuk universiti plak, keadaan berbeza sama sekali. Jumpa kawan2 dari pelbagai spesis negeri. Ada yang boleh terima kita seadanya. Ada yang hanya berkawan dengan orang yang bertudung labuh dan menganggap bertudung pendek ini sangat teruk. Tapi takpe, itu pegangan masing2 asalkan kau tahu bawa diri sendiri sudah. Waktu sebegini, masing2 sedang meng'adapt' dengan jiwa gelora anak remaja. Keluar outing ke Fourteen, membalas2 miskol dengan nombor tak dikenali kononnya nak berkenalan, berpura2 nak kenal sampai tersangkut, jual mahal bila dah ada yang berkenan. Macam2 la tapi seronok bila diingat balik. Teringin nak putar balik waktu supaya aku lebih menghargai orang di sekeliling. Tapi, bukankah aturan Allah banyak hikmahnya??
Sekarang, kawan2 makin jauh. Ramai yang sudah membawa haluan masing2 dengan kehidupan sendiri. Yang berkahwin, beranak pinak, menjadi wanita bekerjaya. Apa2 pun, kawan tetap kawan sampai bila2. Biarpun jauh tanpa kabar, mereka adalah anugerah yang Allah berikan pada aku. Anugerah yang sangat indah untuk dikenang kerana pernah hadir dalam hidup! Yang penting, dalam hati kita sentiasa menghargai mereka yang bernama kawan dan bukan hanya mencari kawan bila dilanda kesusahan tetapi bila senang, kawan pun tak mengaku kawan dah. (t_____T)