Kenapa orang selalu menceritakan sesuatu yang tidak benar kesahihannya bila aku bertanyakan pendapat?Kenapa orang sekeliling suka menakut2kan aku dengan cerita yang seram tentang sesuatu keadaan padahal peristiwa tersebut sangat menyenangkan? Kenapa orang sekeliling selalu memberi pendapat bertentangan dengan pegangan aku sehingga benar2 mengganggu keyakinan aku terhadap sesuatu? Kenapa setiap perkara yang aku cuba untuk senangi pasti orang lain akan memberikan pendapat negatif? Kenapa orang lain perlu memberi kesan terhadap kepercayaan aku selama ini?
Aku ingin menjalani hidup ini seperti yang aku mahu. Aku mahu buat keputusan tanpa dipengaruhi sesiapa tetapi aku yakin pasti ada yang akan menggelar aku seorang bodoh sombong. Degil, ego tak bertempat ,tak mendengar kata. Masih muda tapi berlagak seperti tahu semua. Masih kurang pengalaman tapi menunjuk macam tahu serba serbi. Terlalu naif untuk menilai mana baik mana buruk tapi sombong tak nak tahu pendapat orang lain. Semua yang difikirkan betul itu yang nak dibuat. Mana yang hati ingin lakukan, tak peduli langsung apa orang kata. Semua buat ikut suka hati sendiri!
Tolonglah faham wahai mereka yang berbeza pandangan dengan aku! Perbezaan pandangan antara kita bukan bererti kau benar dan aku salah. Tidak juga bermakna aku tahu lebih segalanya dari kalian. Tetapi aku mohon berilah sedikit ruang supaya aku disokong kalian. Mohon sedikit waktu untuk aku menyelami sendiri jalan yang aku pilih. Jika salah, tolong tarik aku kembali dan pimpinlah tangan aku. Jika berhasil jalan yang aku pilih, teruskan berdoa supaya aku sentiasa berada di landasan yang benar. Tetapi, bantulah aku supaya tidak sekali terdetik di hati perasaan menyesal dengan apa yang aku pilih. Sebaliknya, dampingilah aku untuk sama2 merasakan keindahan dan kenikmatan kehidupan ini!!!