...janji...


Terima kasih Ya Allah untuk kegembiraan hari ini!!! Engkau izinkan aku naik pentas untuk mengambil ijazah kedua aku. Engkau izinkan aku berpakaian songket biru. Engkau izinkan aku bertemu rakan2 dan pensyarah2. Engkau izinkan umi dan abah melihat aku di pentas dan itu adalah kegembiraan yang tidak terhitung!

Aku gembira tatkala melihat umi sebak selepas memeluk aku keluar dewan dengan ucapan tahniah. Aku gembira abah memandang aku tanpa kata tetapi aku tahu jauh di sudut hatinya abah berbangga dengan aku. Aku gembira bila dapat menggembirakan umi dan abah walaupun aku bukanlah yang terbaik di kalangan semua tetapi aku berusaha untuk menjadi lebih baik pada hari2 yang menjelma. Kehadiran umi dan abah sudah cukup membuat aku bersyukur dengan nikmat yang Engkau berikan.

------------ALHAMDULILLAH------------

----TERIMA KASIH ALLAH, TIADA SATUPUN NIKMATMU YANG MAMPU AKU DUSTAKAN----