Dulu masa kecik2...
Selalu fikir kalau ada penyanyi lelaki dan perempuan berduet, mereka adalah pasangan bercinta. Menyanyi lagu2 berunsur jiwang karat, sedih2, kasih2 sambil berpegangan tangan sudah menjadi tanda mereka dilamun cinta. Contohnya lagu mawarku, ct nurhaliza berduet dengan zul 2by2. Sampai aku sendiri tidak sabar balik dari sekolah dan melekapkan telinga di corong radio untuk mendengar lagu tersebut. Liriknya pun aku hafal sebab aku pun perasan bercinta!! Tapi realitinya mereka hanyalah menyanyikan lagu kerana pekerjaan mereka adalah penyanyi!
Selalu terfikir masa menonton cerita Roda2 Kuala Lumpur, nama Jeffry adalah sangat macho. Jeffry lakonan Mustafa Kamal dan heroinnya Maria Farida sangat terkesan pada aku. Sampaikan aku memasang angan untuk ada pakwe bernama Jeffry. Kalau ada orang tanya, pakwe kamu nama apa??Owh jawapannya, sudah pasti Jeffri!!!Tetapi cerita tersebut menyakitkan hati sebab Jeffry dan heroinnya selalu sangat bergaduh sebab si laki ini kerjanya mengawal lalulintas. Sibuk, takde masa nak berdating selalu dengan awek. Akhirnya cinta mereka putus di tengah jalan kerana kesibukan si Jeffry. Tapi realitinya, banyak lagi nama yang boleh didakwa sebagai macho. Contohnya Muhammad. Mahupun Nik!Macho kan??
Selalu ikut abah pergi mahkamah syariah. Kemudian masuk ke bilik perbicaraan bila orang dah takde. Kemudian berangan konon2nya akulah peguam di situ. Takpun lagi melampau duduk di tempat hakim dan ketuk2 meja tanda hukuman sudah dijatuhkan. Melampau! Tapi sebenarnya kebiasaan abah membawa aku ke sana menjadi penyebab untuk apa yang aku sedang lakukan sekarang. Aku berbangga dan seronok dengan apa yang aku lakukan sambil berdoa supaya Allah sentiasa tunjukkan aku jalan yang benar.

Langsung tak pernah terfikir akan kewujudan blog. Tetapi hari ini, aku telah buktikan aku adalah blogger yang on off...(^-^)
Selamat pengantin baru kepada mereka yang melangsungkan perkahwinan pada 10.10.2010. What a nice date!! Tapi 11.11.2011 dan 12.12.2012 pun nice jugak. Cop cepat2!!!