Setiap kali kalu pergi court criminal, mesti ada kes dadah. Memang banyak dan tak pernah tak ada.Kebanyakan OKT pulak adalah orang melayu, diikuti cina dan india. Ini hanyalah pendapat aku setelah membuat pemerhatian setiap kali tengok perbicaraan kes dadah. Aku sendiri secara peribadi sudah 2 kali handle kes dadah dan kedua2 adalah melayu.
Kes pertama, 3 sekawan didakwa bawah seksyen 12(3) ADB. Kes mereka, ada 4 orang semuanya. yang seorang ni dah mengaku dadah adalah milik dia. Tetapi 3 orang ni still kena charge lagi walaupun seorang dah mengaku. Kenapa macam tu? Sebabnya mudah. Kuasa mendakwa terletak di tangan pendakwaraya. Jadi, walaupun pengadu sesuatu kes itu dah withdraw aduan dia, itu tidak menjamin yang tertuduh akan selamat secara automatik. Selagi pendakwa rajin nak teruskan kes, tertuduh jangan jarap la nak bernafas lega.
Tapi, alhamdulillah kes 3 sekawan tadi Allah izinkan mereka dilepas dan dibebaskan. Jadi mereka dibebas dan terlepas dari dakwaan. Menurut mereka, mereka diperangkap sehingga terlibat dalam kes tersebut. Apa pun cerita mereka, Allah telah berikan mereka peluang untuk menjadi seorang yang biasa. Manusia biasa yang tidak perlu memikirkan apakah kesudahan mereka berakhir di penjara ataupun tidak.
Kes kedua, menurut wanita itu dia diperangkap oleh tuan rumah. Terpaksa mengaku dadah adalah miliknya atas alasan mahu membalas budi. Tapi diri sendiri yang terperangkap. Apa pun, dia sudah dijatuhi hukuman denda RM 2300 bersamaan dengan jumlah ikat jaminnya. Teringat aku bila ibunya datang menghulurkann tangan bersalaman dan tidak berhenti2 mengucapkan terima kasih. Soalan pertama yang diajukan, "berapa saya harus bayar yuran peguam?"...(^_^)
Dadah boleh menjadikan hidup semua orang yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam sengsara. Percayalah, ia tidak pernah menyenangkan. Kalau fikir ia dapat membantu, fikirlah sekali lagi. Fikir dan terus berfikir sama ada berbaloi!!!Cuma, mungkin kes dadah memberi ruang kepada loyer untuk mencari ruang rezeki. Ye ke????(t___T)