Isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang tentang keterbukaan kerajaan negeri Melaka untuk membenarkan remaja muda (bawah umur)untuk berkahwin awal. Lihat sini ulasan Ketua Menteri yang bersungguh2 mempertahankan ideanya. Ya, kita menyokong kebebasan bersuara dalam menyampaikan idea dan buah fikiran. Tetapi, ini pendapat saya. Mungkin agak berbeza tetapi inilah dinamakan rahmat.
Isu berkahwin muda ini mengambil tempat setelah kes buang bayi amat berleluasa. Pada mereka, golongan yang terlanjur ini diandaikan telah ditahan oleh ibu bapa untuk berkahwin. Nafsu mereka dikekang lantaran alasan masih terlalu muda, masih bersekolah, belum faham makna tanggungjawab dan macam2 lagi alasan yg logik. Betul,tidak dinafikan. Saya bersetuju semua itu.
Tetapi, sedarkah kita bahawa kita selalu memikirkan cara untuk menyelesaikan masalah setelah ia timbul.Kita tidak berminat langsung untuk memerah otak fikirkan cara mengatasi gejala yang langsung tidak sihat dan membimbangkan masyarakat keseluruhannya. Adakah dengan mengizinkan berkahwin awal (remaja yang masih bersekolah) ini segala masalah selesai. Benar, sekuarang2 nya anak2 remaja ini punya jalan halal. Tetapi bagaimana dengan nasib anak yang bakal lahir dari ibu bapa remaja ini??Adakah nasibnya menjadi lebih baik? Tidak dibuang di merata2 ataupun nasibnya sama sahaja cuma bezanya die bernyawa? Punya ibu bapa yang mengaku itu anaknya. Tetapi mungkin dia akan diabaikan lantaran kesibukan ibu bapa menghabiskan masa dengan belajar ataupun lebih dahsyat ibu bapa ini lebih suka berhibur???
Perkahwinan bukanlah penyelesaian semata2. Mengapa orang kita selalu merujuk kepada Islam itu hanyalah di dalam bab perkahwinan? Mungkin sesetengah orang lupa dengan bernikah, seseorang telah menyempurnakan separuh agamanya. Separuhnya lagi bagaimana pula? Bernikah, punya anak dan biarkan anak itu dengan jalannya sendiri. Oh, tidak semudah itu pada pandangan saya. Bukankah lebih baik sekiranya kita sama2 fikirkan bagaimana untuk mendidik anak2 remaja ini mendekati agama. Hanya agama yang dapat membimbing mereka berfikiran waras, matang, dan terarah. Dan semua ini perlukan semangat dan sokongan dari kita umat Islam. Dan Islam itu tidak hanya terbatas pada perkahwinan. Ia satu sinaran hidup yang menyeluruh.Cuma kita yang perlu tahu di mana hendak menyuluhnya!!
(disclaimer: entri ini ditulis setelah terkesan melihat ibu bapa yang sudah berkahwin, punya anak dan masing2 terlalu sibukkan kerjaya sehingga anak, apalah nasibnya??)