Saya percaya, sebaik-baik guru adalah pengalaman.Jika belajar dari pengalaman, sudah tentu hidup lebih mudah diatur. Andai ada duri di dalam, sudah tahu di mana tusukannya. Andai ada lopak berlubang, sudah tahu di mana perlu dijauhi.Bukan susah.Semuanya pengalaman yang mengajar.Tetapi sudah pasti pengalaman perlu ditempuhi dengan seribu satu rasa. Andai manis,pasti akan dikenang selalu dan dikongsi bersama kawan. Andai pahitnya sedikit, lama kelamaan ia bertukar manis. Andai tiada rasa, kita boleh tambahkan sedikit perencah padanya. Benar, semuanya dari pengalaman yang mengajar erti dewasa!!
Pengalaman juga mengajar kita untuk menjadi lebih baik dari hari semalam.Kadang2 hari yang dilalui meninggalkan pengalaman yang sukar dilupuskan. Tetapi saya berfikir. Pengalaman itu harus disimpan dan bukan untuk menjadi igauan ngeri. Biarpun pengalaman yang manis, jangan terlalu dikenang kerana sukar untuk kita berjalan ke hadapan. Begitu juga pengalaman pahit. Buang ia jauh2 dan jangan difikirkan lagi. Ambillah ia bila perlu dan buanglah ia andai sudah tiada gunanya lagi. Kerana cuma satu. Pengalaman satu sejarah. Dan sejarah hanya akan berulang andai kita mahu ia berulang lagi.
Hidup perlu pada pedoman.Tapi bukanlah bergantung pada pengalaman per se. Hidup perlu pada keimanan dan kekuatan diri. Mungkin, orang bisa hidup tanpa perlu bergantung pada pengalaman. Siapa tahu???????