...tentang masjid...

Di tempat aku ni, ada masjid yang sedang giat dibina untuk menggantikan masjid yang lama.Kononnya masjid yang lama sudah tidak mampu menampung kedatangan jemaah yang ramai terutamanya di musim Aidilfitri mahupun Aidiladha.Maklum la,semua orang balik kampung untuk menziarah kaum keluarga.Bagus la begitu dari orang yang tak sedar diri,tak tahu asal usul, buang keluarga jauh2.Memang nak kena sebat ngan aku orang macam ni!

Fokus utama aku bukan nak bercerita pasal jemaah yang hanya datang masjid 2 tahun sekali je.Tapi pasal masjid itu sendiri.Boleh ke orang bukan Islam masuk masjid?Setahu aku ulama berselisih pendapat pasal ni.Tapi lebih ramai yang mengatakan tidak boleh sebab itu adalah tempat suci orang Islam.Bagaimana pula dengan isu pekerja binaan yang membina masjid?Perlukah diwajibkan hanya orang Islam sahaja yang dibenarkan terlibat dalam pembinaan masjid?Perlukah mereka menepati piawaian dengan menutup aurat ketika berada di dalam sekitar masjid?Atau semua itu tidak perlu kerana tempat pembinaan mereka masih belum dikira MASJID??Hanya selepas dirasmikan, ada majlis bacaan Yasin,panggil orang2 ternama datang merasmi barulah ianya secara rasmi dikira masjid???

Pada aku untuk memelihara kesucian masjid, ia perlu dipelihara sejak awal lagi.Bagaimana proses pembinaan masjid itu mengambil tempat,siapa kontraktornya,pekerjanya,hasil wangnya, dan macam2 lagi.Bagaimana pekerja2nya menghormati kesucian masjid itu sendiri sangat penting.Takkan masa azan berkumandang pun masih nak angkat bata cik abang oiii!!

Sesetengah orang berpendapat masjid itu syiar agama Islam.Benar,tapi ia bukanlah sekadar tempat untuk berbangga2 dan bermewah2 tapi lebih kepada bagaimana kita memuliakan MASJID itu sendiri.Jangan hanya mendabik dada kononnya masjid kita ni yang paling canggih dan cantik di dunia tapi hakikatnya jemaah yang datang 3 orang sahaja.Pak Imam,Tok Lebai dan Muazzin!!!Kalau tiba2 macam ramai yang ada di masjid,mungkin mereka sedang mengadakan upacara mendirikan masjid........T_______T