...malam 24 Ramadhan...

Ramadh,panas ertinya.Berpuasa di bulan Ramadhan,suruhan Allah kepada hamba-hambaNya,agar di penghujungnya kita mencapai darjat taqwa. Taqwa bukanlah perkara yang mudah untuk diperoleh.Setakat berlapar dahaga di siang hari,belum tentu menjanjikan taqwa.Taqwa dalam erti kata yang mudah bermaksud takutkan Allah..Justeru,bagi seseorang mencapai martabat taqwa bukanlah perkara yang mudah.Tapi bukankah Allah telah janjikan,dengan berpuasa,seseorang boleh mencapai darjat taqwa.

Solat pula,Allah janjikan seseorang itu boleh menghindarkan diri dari melakukan perkara keji dan mungkar.Begitu juga kewajipan zakat,dapat mensucikan diri dan harta.Prinsipnya mudah,setiap suruhan Allah itu ada hikmahnya.Dan kita yang melaksanakan semua perintah tersebut,hendaklah bersabar dalam menunaikannya,dan galilah hikmah yang tersembunyi.

Kata Allah dalam hadis qudsi,"Aku mengikut sangkaan hambaKu".Bila diuji,bagaimana sikap kita menghadapinya.Bila diberi nikmat,bagaimana kita zahirkan rasa syukur. Semuanya Allah tahu dan lihat.

Malaysia,kau dalam doaku.Saat diuji mahupun dipuji,hadirkan rasa kehambaan bahawa tiada satu pun kita punya.Hanya pinjaman yang akhirnya akan dipulangkan kepada yang berhak.Kita sebagai pemegang amanah dan peminjam,akan disoal kelak bagaimana urusan kita mengendalikannya. Akhirnya,semua akan dipulangkan kembali apabila tiba masanya.Persiapkan diri!!!

...hampir setahun...

haii,

hampir setahun blog tidak dikemaskini.hari ini,rabu 23 april 2014,hujan turun dengan lebatnya di pulau pinang.rahmat Allah. semoga air di sini tidak perlu dicatu.

menyelusuri hari demi hari,semoga ada peningkatan dalam sahsiah diri. hujan turun,bila ia perlu turun.panas tiba,bila sampai masanya untuk hujan berehat.

jumpa lagi,untuk catatan yang lebih rajin!!!


...rindu yang tiada sudahnya (bahagian II)...

Kami berada di Mekah selama 5 hari. Cuaca di sana sedikit panas kering dan ditambah pula dengan kerja-kerja pembesaran masjid yang giat dijalankan menjadikan keadaan sangat berhabuk dan berdebu. Namun, itu tidak menghalang beribu-ribu jemaah yang datang dari setiap pelosok dunia untuk menunaikan umrah. Malah Kerajaan Arab Saudi sendiri menetapkan beberapa peraturan baru untuk mengurangkan kadar kemasukan jemaah umrah. Hari ke-5 selepas solat Jumaat dan menyempurnakan tawaf wida', kami bertolak ke Madinah meninggalkan Mekah yang aman dan tenang dengan rasa yang sangat berat. 

 Dalam perjalanan meningalkan bumi mulia Mekah menuju ke Madinah, Bandar Bercahaya

 Suasana di sepanjang jalan

 Pekarangan Jabal Uhud

 Makam saidina Hamzah yang gugur di Medan Uhud

 Bukit Uhud ini kelihatan kemerah-merahan. Mengikut penerangan ustaz yang membawa kami, Bukit Uhud ini merupakan satu-satunya bukit yang akan masuk syurga

 Suasana di luar Masjid Nabawi

 Pintu masuk untuk lelaki dan wanita diasingkan

 Di bawah kubah hijau itu terletaknya makam Nabi Muhammad bersama sahabatnya Saidina Abu Bakar dan Saidina Hamzah. Di bawah kubah itu juga terletaknya kawasan yang dinamakan Raudah. 

 Kelihatan jemaah wanita yang beratur menunggu giliran memasuki Raudah. Raudah ini dinyatakan oleh Nabi Muhammad sebagai antara taman dalam syurga. Kawasan kubah hijau itu juga adalah binaan asal Masjid Nabi

 Langit membiru di Madinah. Cuaca di Madinah sedikit sejuk berbanding Mekah. Kebetulan di hari ke3 kami di sana, hujan turun dengan agak lebat.

 Bandar Madinah yang aman dan damai

Dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang Madinah setelah 5 hari di sana

***************************
Ini sahaja koleksi gambar semasa berada di Mekah dan Madinah. Memang tidak banyak gambar yang diambil. Mana yang sempat 'snap' je ada dalam simpanan. Mekad dan Madinah memang tempat yang indah lagi aman. Bila berada di sana rasa tenang sangat. Dalam hati berazam untuk jejak kaki ke sana lagi InsyaAllah.

...rindu yang tiada sudahnya (Bahagian I)...

Bismillahirrahmanirrahim

Aku berharap semoga dengan entri kali ini, Allah pelihara aku dari sifat-sifat mazmumah yang akhirnya hanya tidak memberi apa-apa manfaat mahupun keuntungan pada kita semua. Sekadar berkongsi pengalaman ketika menjadi tetamu Allah pada 21April 2013-2 Mei 2013. Pujian selayaknya ditujukan kepada Allah kerana tanpa izinNya, kami tidak dapat menjejakkan kaki ke sana. Beberapa masalah yang timbul, yang sangat menyesakkan dada, Allah ganjari dengan kedatangan kami ke rumahNya. Allahuakbar...Tatkala diri penuh dengan dosa, Allah masih bermurah hati menjemput kami ke tanah yang suci, tanah yang mulia dan tanah yang sangat diimpikan untuk dijejaki selama ini. Mekah dan Madinah........

22 April 2013- Tiba di Lapangan Terbang Jeddah. Kipas (sebetulnya bumbung berbentuk kipas) tu yang paling mengujakan..

Bumbung kipas
 Jabal tsur-Tempat Nabi s.a.w dan Abu Bakar As-Siddiq menyembunyikan diri dari kepungan golongan musyrikin ketika dalam perjalanan Hijrah ke Madinah

Lagi Jabal Tsur

 Gunung yang gigih kami panjat-Jabal Rahmah namanya (^-^). Tempat pertemuan Adam dan Hawa (bukan Aaron dan Nadiya Nisa) setelah terpisah 40 tahun

Lagi Jabal Rahmah. Ada makcik ni cakap, sesiapa yang belum sampai jodohnya kena lambai tangan dari atas bukit tu. Kononya melambai pada jodohnya. Wallahualam

 Tempat menunaikan Sa'ie- Ni dah masuk waktu asar, boleh digunakan juga untuk solat berjemaah. Saie bermula di Safa dan berakhir di Marwah. 7 kali pusingannya.

 Pemandangan dalam Masjidil Haram-Nampak Kaabah di celahan tiang tu?Speechless (!-!)

 Again-Interior design of Masjidil Haram

Lagi-Para tetamu Nya

 Dalam perjalanan menuju ke Masjid pasti akan bertemu dengan kawanan burung merpati yang jinak. Besarnya kuasa Allah, tiada najis burung yang berserakan.

 Melawat ladang ternakan unta di Hudaibiyah. Tetapi malangnya cara pengurusan ladang ini berada di tahap minimal. 

Tempat Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani.

 Pemandangan luar Masjidil Haram-Masih dalam proses pembesaran kawasan masjid.

 Lagi- Masjidil Haram dari luar

 MasyaAllah- Kaabah sebenar di hadapan mata. "Maka nikmat manakah yang kamu mahu dustakan?"

Lagi-Kaabah, bangunan yang didirikan oleh Nabi Ibrahim.

**********************
Sebenarnya tidak banyak gambar yang diambil. Bila ingat dan bila bawa henfon saja baru ambil gambar. Kalau tidak, tengok dan simpan dalam memori saja lah. Kepada kawan-kawan yang belum berkesempatan ke sana, pasang niat dengan bersungguh-sungguh untuk ke rumahNya. Niat yang penting walaupun masih belum cukup kemampuan, Insyaallah ada jalan Allah bukakan saat niat sudah ada untuk menjadi tetamuNya. Tuan rumah kan, sapa tak suka kalau ada orang nak datang melawat. Lagi dibukakan pintu rumah nak terima tetamu. Sekali datang, pasti nak datang lagi....(^-^)

...on 13 december...


Quote:

"Jodoh, mati dan rezeki itu rahsia Allah. Yang namanya rahsia itu, sekiranya kita cari pun betul, sekiranya kita menunggu pun tidak salah kerana ia rahsia. Kita tidak tahu bila datangnya jodoh itu, sama ada ia datang pada waktu kita mencari ataupun pada waktu kita menunggu. Apa yang boleh kita lakukan adalah, lengkapkan diri kita menjadi perempuan yang baik, perempuan yang taat pada suruhan Allah. Kerana ada waktunya nanti, Allah akan datangkan petunjukNya, sama ada kita perlu mencari ataupun kita perlu menunggu".

                                                                                                                                                      2.20 pm

...Sentap...

Tengah hari isnin, sedang asyik 'nap', mad telefon. Katanya abah pengsan tiba-tiba waktu pagi. Abah punya rekod penjagaan kesihatan yang sangat baik dan konsisten. Bab gula, kolesterol, tekanan darah semuanya dijaga elok. Kalau rasa badan bertambah berat sedikit, pasti akan keluar berjoging. Abah pun amalkan minum susu omega untuk kawal kolesterol dalam badan. Pendek kata, abah di umur 62 masih kelihatan 'fit'.

Tapi, panggilan telefon dari mad tengah hari itu, buat aku menangis. Abah jarang jatuh sakit. Paling teruk abah jatuh sakit masa bulan puasa beberapa tahun lepas akibat tekanan darah rendah. Natijahnya, seminggu lebih abah berpuasa dalam keadaan sentiasa berbaring sahaja. Tapi, alhamdulillah semuanya kembali normal. Namun bila abah tiba-tiba pengsan, aku jadi takut. Membuat aku jadi sentap. Nyawa, kalau dah sampai masa untuk pulang kepada pemiliknya, tiada siapa dapat halang, tiada siapa dapat duga. Di kesempatan yang masih ada sentiasalah beringat.

Aku bukanlah seorang anak yang 'all out' untuk umi dan abah. Ada saat aku boleh jadi 'taat' dalam erti kata aku sendiri. Ada kala aku boleh jadi seorang yang 'malas' nak taat. Susah untuk menjadi terlalu taat. Ada lopong sana sini. Sebetulnya terlalu berkira untuk jadi seorang yang taat.

Bila Allah bagi peringatan secara tiba-tiba, hati jadi sentap. Apa salahnya berbakti dan terus taat tanpa perlukan sebarang satu alasan kepada umi dan abah. Anak, tanggungjawabnya taat, sayang dan hormat ibu bapa. Anak, syurganya pada ibu bapa. Anak, wujud kerana ibu bapa. Anak, semuanya kerana ibu bapa. Perlukah wujud sedikit alasan untuk tidak menjadi taat dan berkira untuk taat kepada ibu bapa. SENTAP!

Semoga Allah bagi petunjuk dan kekuatan untuk aku jadi anak yang taat. Sekarang sudah ada doa tambahan setiap kali lepas solat. Andainya umi abah pergi dahulu dari aku, jadikanlah aku seorang yang tabah,kuat dan redha dengan ujianMu. Tapi andainya aku ditakdirkan pergi dahulu mengadapMu, jangan Kau ambil nyawaku di saat aku sedang lalai dan leka dari mengingatiMu. Jadikanlah aku seorang yang sentiasa bersedia untuk bertemuMU!!!


...Berburu ke padang datar...

Dapat rusa belang di kaki
Berguru ke palang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi

Dulu masa di sekolah rendah, aku bukanlah pelajar kegemaran mahupun pilihan guru.Sejak dari Darjah 1 sehinggalah ke Darjah 4, aku tidak pernah sekali pun dapat nombor 1 dalam peperiksaan, Well, you know la kan budak kecik, kalo bercakap pasal periksa mesti nak dapat nombor 1 je. Tambah-tambah kalau dia tu duduk di bandar atau pekan besar. Malu la kalau orang tahu dia tu tak dapat nombor 1. Tapi, bila naik Darjah 5 baru sempat merasa dapat nombor 1. Itu pun sebab budak yang selalu dapat nombor 1 pindah pergi Melaka. Tapi kena bersaing pulak dengan budak baru masuk. Takpe lah asalkan pernah merasa dapat nombor 1 pun dah cukup.

Aku mempunyai sedikit sahaja memori yang menggembirakan masa di sekolah rendah. Menjadi bukan kegemaran cikgu dan rakan-rakan. Entah kenapalah sebabnya. Mungkin yang pertama, aku ni tak comel,gemuk, dan hitam pulak tu. Berbanding kawan-kawan yang menjadi pilihan cikgu, diorang comel dan pandai. Yang kedua, mungkin kerana aku berstatus anak guru Penolong HEM. Siapa-siapa yang nak berkawan dengan aku mesti akan fikir banyak kali. Dalam banyak situasi, akulah yang perlu berusaha lebih dan agresif untuk mendapatkan kawan. Sebab itu, bila dah besar macam ni aku susah nak contact kawan-kawan sekolah rendah sebab diorang buat sombong. Aku je yang kena terhegeh nak call atau sms. Kalau aku tak start dulu, memang sampai bila la tak contact. Tapi still ade beberapa yang mulakan untuk berhubung dengan aku. 1,2,. Mungkin 2 orang sahaja kot yang mulakan dulu. Dua-dua kawan lelaki. Tapi sekarang dah lost contact balik sebab henpon kena curi dulu.

Bercakap pasal memori sekolah rendah, sampai sekarang aku masih mengingati seorang cikgu ni. Cikgu lelaki praktikal yang mengajar aku subjek Kajian Tempatan. Berasal dari Johor. Berumur awal 20-an semasa mengajar aku di Darjah 5. Orangnya baik, 'soft-spoken'. Ummi selalu mengajak dia dan rakan-rakan datang makan di rumah. Setiap kali kalau balik sekolah, mesti motor dia akan berada di belakang kereta abah sampai la kami membelok masuk ke taman perumahan barulah dia pergi. Itupun mungkin dalam sekali dua je dia memecut dulu ke hadapan. Mungkin emergency agaknya.Apa yang paling penting dalam dirinya, dia adalah seorang guru yang tahu menghargai anak murid. Mengajar anak murid tanpa rasa 'bias' sebab semuanya adalah sama. Betul, dia seorang yang sangat baik. Malangnya dia hanyalah ckgu praktikal. Bila cukup setahun dia pun berpindah ke Johor. 

Aku masih ingat setelah dia pulang ke Johor, aku mendapat surat dari dia yang dikirimkan ke sekolah. Aku terharu dan berbangga sebab dia masih ingatkan aku yang gemuk dan hitam ini. Kanak-kanak kan, biasalah gembira dapat surat. Tambah-tambah surat dari orang yang baik. Mesti akan rasa sangat dihargai. Aku masih ingat dia bercerita tentang keadaan dia di sekolah baru, terpaksa menaiki traktor ke sekolah kerana kawasan bertanah merah. Dia juga tidak lupa untuk berterima kasih atas layanan ummi dan abah kepada dia dan rakan-rakan sepanjang berada di sekolah lama.Terharu,memang terharu! Tapi, surat itu tidak pernah aku balas sebab masa kecil, selalu fikir main lagi penting dari balas surat cikgu! Kalau dah tulis surat nak balas pun, mesti terlupa  nak pos. Malang betul! Dan cikgu pun tidak pernah lagi mengutus surat sejak hari tersebut.  

Ada juga memori tentang cikgu yang aku tidak berkenan. Peristiwa aku tidak didenda kerana tidak siapkan kerja sekolah Matematik sedangkan rakan yang lain kena denda berdiri atas kerusi. Peristiwa itu menyebabkan tiada kawan mahu berkawan dengan aku, kerana cikgu bersikap 'bias'. Mungkin kerana status aku anak guru Penolong HEM. Ada juga cikgu yang aku temui setahun lepas, tidak langsung mengingati aku. Diberi 'clue' beberapa kali pun gagal mengingati aku dengan baik. Tak mengapalah sebab mungkin dia ramai anak murid yang perlu diingati. Tapi hati kecil tersinggung kerana terjumpa facebook nya menegur seorang senior sekolah dulu bertanyakan perihal diri. Ya, senior tersebut memang cantik dan pandai!

Terima kasih guru atas ajaran dan memori yang diberikan. Sesetengahnya akan sentiasa terpahat di dada, dan biarlah sesetengahnya lagi dihapuskan terus dari ingatan. Bukan mahu menjadi manusia bongkak mahupun kacang lupakan kulit, tetapi aku  bukanlah manusia sempurna. Ada kekurangan dan ada perasaan. Benarlah kata orang, amalan yang baik kita lakukan pada orang akan sentiasa dikenang. Begitulah putaran roda. Biarlah jasa baik kalian, Allah membalasnya melalui titipan-titipan doa aku yang tidak putus menyebut nama kalian, guru-guru. Terima kasih dan Selamat Hari Guru!